DEMIKIAN, sesungguhnya masa itu terlalu pantas memburu. Dan manusia yang diburu masa akan sentiasa merasakan 24 jam sehari itu bagai tiada bercukupan (bukan berkucupan ok?!)Saya salah seorang mangsa buruan. Dan pemburu saya adalah M.A.S.A ... Saya hampir-hampir tewas kerana buruan ini .. namun mujurlah waras di akal masih utuh .. justeru saya insaf bahawa orang yang tidak berasa cukup dengan 24 jam sehari semalam kurniaan Allah itu adalah sebenarnya orang yang tidak tahu bersyukur dan tidak tahu memanfaatkan nikmat masa dengan sebaiknya. Padahal manusia-manusia lain yang lebih banyak tanggungjawab dan beban tugasnya bisa sahaja memanfaati masa mereka dengan bijak. Lalu, sedarlah diri ini bahawa saya sebenarnya masih tolol dalam bab pembahagian masa! Duh .. bukan membuka pekung di dada sendiri .. namun ini adalah satu muhasabah diri :) Ye, saya perlukan anjakan paradigma. Mungkin masih dimomok dengan keenakan bercuti panjang untuk beberapa tahun yang sudah membuat saya manusia yang sukar mengadaptasikan diri dengan perubahan yang berlaku dengan begitu pantas (atau adakah ini tanda-tanda penuaan?! Oh .. tidak!!) Hari-hari saya menjadi semakin kronik bila saja musim kuliah bermula lagi, bermakna berulang semula tugas saya dalam P&P. Namun, oleh kerana P&P adalah satu aktiviti yang saya minati, saya tidak berasa tertekan dengan beban itu. Cumanya, yang tetek bengek itulah. Kertas kerja, bahan tutorial, tugasan lain-lain begitu mencuakkan .. sehingga hobi saya menatap blog di alam maya menjadi keberantakan jadualnya. Saya tidak lagi mampu menghabiskan banyak masa berkunjung bebas ke sana ke mari seperti dahulu. Dan impak paling utama adalah blog saya sendiri ~ sehingga seorang rakan menghubungi saya melalui emel, lalu memperingatkan saya agar menghayun penyapu untuk membersihkan sawang-sawang yang mulai datang hahaha ...Oh oh ... dahulu saya pernah juga memberi peringatan kepada beberapa rakan lain yang terlalu lama membiarkan blog mereka kesepian .. kali ini terkena batang hidung sendiri! Hahaha .. dan saya mulai faham kenapa ada blog yang terpinggir oleh tuannya. Mereka tentu saja menjadi mangsa buruan! Lalu, di kesempatan ini izinkan saya menyusun 10 jari buat semua rakan, kerana kegagalan saya menjadi mengunjung tekal dalam tempoh terdekat ini. Bukan niat melupakan namun, seperti mana omelan saya di awal tadi .. saya mangsa buruan! Banyak kiranya perhitungan yang berlaku dalam metakognitif saya dan saya kira bisa saja dikongsi di sini, namun sekali lagi saya terpaksa tunduk dengan desakan masa.Ah .. saya tidak menyalahkan masa .. justeru itulah hukum alam .. namun kekurangan itu membuat saya sedar akan kekerdilan diri sendiri. Kepada semua, terima kasih kerana menghadiahi saya erti persahabatan, meski antara kita dibatasi maya. Kamu, kamu, kamu, kamu dan kamu semua sentiasa di hati saya.InsyaAllah .. ada senggang yang panjang, pasti saya kembali, mengadu keluh dan kesah di sini :) Salam dari kejauhan.
Jumat, 10 Agustus 2007
Langganan:
Posting Komentar (Atom)

2 komentar:
wow ancur blog km jelek salah naruh lagi heheheh
Bahasa langit ya?? :) Bagus, curahan hatinya... Bisa kasih masukan ke mbak, blog mbak kurang dimana nya?? terimaksih ya kritikannya, mbak masih pemula :)
Posting Komentar